PERJANJIAN PENYEWAAN
PERJANJIAN PENYEWAAN INI (selepas ini disebut sebagai “perjanjian ini”) dibuat pada ____ haribulan ________ 2010
DIANTARA
NAMA TUAN RUMAH No K/P: XXXXXX-XX-XXXX beralamat NAMA TUAN RUMAH (selepas ini disebut sebagai “Pemilik”) di satu pihak
DAN
NAMA PENYEWA No K/P: XXXXXX-XX-XXXX beralamat ALAMAT PENYEWA RUMAH (CONTOHNYA ALAMAT KAMPUNG) (selepas ini disebut sebagai “Penyewa”) di satu pihak yang lain.
BAHAWASANYA: -
1. Pemilik adalah pemilik sah premis yang beralamat di ALAMAT RUMAH YANG DISEWA.
2. Pemilik bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menerima sewaan premis berkenaan sebagai rumah kediaman bersama-sama dengan perkakas-perkakas rumah yang terlekat dan terpasang di situ (selepas ini disebut sebagai “Premis” itu).
PIHAK-PIHAK ADALAH BERSETUJU SEPERTI BERIKUT:
1. TEMPOH MASA DAN TAKRIF EFEKTIF
Tempoh penyewaan ini adalah bagi tempoh selama dua (2) tahun yang akan mula kuatkuasa pada 1 MAC 2010 dan akan tamat pada 28 FEBRUARI 2010.
2. BAYARAN SEWA BULANAN
Kadar sewa bulanan adalah Ringgit Malaysia TIGA RATUS (RM300.00) dan sewa bulanan ini hendaklah dibayar pada satu (1) haribulan tiap-tiap bulan kalendar.
3. BAYARAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBENTUNGAN
Kadar bayaran penyelenggaraan adalah Ringgit Malaysua DUA PULUH LIMA (RM25.00) sebulan dan pembentungan adalah Ringgit Malaysia DUA (RM2.00) sebulan dan hendaklah dibayar melalui tuan rumah pada satu (1) haribulan tiap bilan calendar.
4. DEPOSIT
Penyewa hendaklah membayar kepada pemilik semasa perjanjian ini ditandatangani sejumlah wang Ringgit Malaysia ENAM RATUS (RM600.00) iaitu dua (2) bulan sewa dan Ringgit Malaysia SATU RATUS LIMA PULUH (RM150.00) untuk elektrik dan air, sebagai deposit yang akan dikembalikan oleh Pemilik kepada Penyewa tanpa apa-apa bayaran faedah setelah selesainya atau penamatan awal tempoh perjanjian ini.
Penyewa dengan ini bersetuju dengan Pemilik seperti berikut
(a) Membayar sewa yang dikenakan pada hari yang ditentukan dengan cara-cara yang diperuntukkan di Klausa 2 perjanjian ini.
(b) Mana-mana pihak mempunyai hak menamatkan penyewaan ini pada bila-bila masa dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada pihak yang lain, selepas notis itu tamat maka penyewaan ini dan segala yang terkandung di dalamnya akan tamat dan batal tetapi tanpa prasangka kepada apa-apa tuntutan oleh mana-nama pihak terhadap pihak yang lain berhubung dengan pemecahan dan pelanggaran yang terdahulu terhadap mana-mana waad atau syarat dan Pemilik hendaklah selepas itu memulangkan kepada Penyewa semua wang sewaan yang dibayar oleh Penyewa secara pendahuluan bagi mana-mana tempoh selepas tarikh penamatan tersebut.
(c) Membenarkan pemilik atau agennya pada masa yang munasabah setelah membuat temujanji untuk masuk ke Premis itu dengan tujuan melihat dan meninjau keadaan Premis itu.
(d) Tidak menyewa kecil dan melepaskan pemilikan Premis itu atau sebahagian daripadanya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pemilik.
(e) Tidak melakukan atau membenarkan berlaku di atas Premis itu apa-apa yang akan atau boleh melanggar apa-apa undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan, Perbadanan atau mana-mana Pihak Berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Premis itu.
(f) Tidak membuat apa-apa perubahan atau penambahan pada bangunan atau struktur Premis itu atau didirikan atau dibina atau membiarkan ianya dibina atau mendirikan apa-apa tambahan kepada bangunan atau apa-apa pendirian atau memotong mana-mana dinding atau kayu bangunan itu yang sedia wujud tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pemilik.
(g) Membayar dan melepaskan semua caj-caj untuk masa sekarang dan masa hadapan bagi penggunaan air dan elektrik dan bagi penjagaan kebersihan terhadap Premis yang disewa itu dalam tempoh penyewaan tersebut.
(h) Tidak menjalankan atau membenarkan dijalankan apa-apa perniagaan atau perdagangan di dalam atau di Premis itu, tanahnya juga apa-apa papan tanda atau iklan tidak dibenarkan diletakkan di Premis itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pemilik
(i) Menjaga bahagian dalam Premis itu dan semua peralatan yang dilekatkan dan dipasangkan iaitu kepunyaan Pemilik di dalam keadaan yang baik dan dalam bentuk asal atau sediaada sepanjang tempoh penyewaan itu (pembaikan yang biasa dan kelusuhan yang munasabah dan kerosakan disebabkan api, ribut, kuasa Tuhan, rusuhan, kegemparan awam dan kerosakan disebabkan oleh anai-anai dan pencurian adalah dikecualikan).
(j) Semasa penamatan perjanjian, Penyewa hendaklah menyerahkan pemilikan Premis itu secara aman dan baik kepada pemilik di dalam keadaan yang sesuai dan layak untuk didiami.
Pemilik dengan ini bersetuju dengan Penyewa seperti :-
(a) Membayar dan menjelaskan cukai tanah dan lain-lain cukai penilaian di masa kini dan masa hadapan yang berkaitan dengan Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya melainkan mana-mana perkara di atas menjadi kena dibayar oleh Penyewa di bawah perjanjian ini.
(b) Menginsuranskan dan sentiasa menginsuranskan Premis itu daripada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh api hinggalah ke nilai sebenar harta itu dan membayar premium bagi maksud itu.
(c) Membenarkan Penyewa yang telah mematuhi dan melaksanakan beberapa waad dan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini di pihaknya supaya menikmati Premis itu dengan tenang semasa dalam tempoh perjanjian ini tanpa apa-apa gangguan oleh Pemilik atau mana-mana orang yang berhak menuntut atas namanya atau yang memegang amanah bagi pihaknya.
(d) Mengambil dan mempraktikkan tindakan berjaga-jaga yang munasabah atau bermanfaat untuk menghalang daripada berlakunya kebakaran atau kerosakan kepada Premis tersebut.
Pemilik dan Penyewa selanjutnya bersetuju dengan seperti berikut: -
(a) Sekiranya Premis itu atau mana-mana bahagiannya pada bila-bila masa ketika dalam tempoh perjanjian ini rosak atau musnah oleh api atau lain-lain yang menyebabkan Premis tersebut adalah tidak sesuai untuk didiami atau digunakan maka Penyewa adalah mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian ini dan Pemilik hendaklah memulangkan semua sewa yang dibayar secara pendahuluan bagi mana-mana tempoh selepas tarikh penamatan atau dengan cara yang lain atas pilihan Penyewa terhadap sewa yang dikenakan atau mengikut kadar yang adil mengikut keadaan sejauh mana atau setakat mana kerosakan yang dialami itu hendaklah digantung sehingga Premis itu boleh didiami dan digunakan.
(b) Jika sewa tersebut atau sebahagiannya tidak dibayar dalam masa tiga puluh (30) hari selepas ianya harus dibayar dan setelah diminta secara rasmi atau jikaa mana-mana waad di sebelah pihak Penyewa yang terkandung di sini tidak dilaksanakan atau dipatuhi maka di dalam tiap-tiap kes tersebut adalah salah disisi undang-undang bagi Pemilik setelah membeti dua (2) minggu notis yang menamatkan penyewaan ini hendaklah tamat dengan mutlak dan Pemilik hendaklah memulangkan kepada Penyewa semua wang sewaan yang dibayar secara pendahuluan untuk mana-mana tempoh selepas tindakan penamatan tersebut dan juga deposit tanpa sebarang faedah atasnya.
(c) Pemilik dan Penyewa adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan perjanjian ini jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan rusuhan dan kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang seumpamanya yang diluar dugaan dan kawalan mana-mana pihak.
(d) Perjanjian ini hendaklah mengikat pentadbir-pentadbir, wasi-wasi dan wakil-wakil peribadi kepada Penyewa dan Pemilik.
(e) Masa adalah teras di dalam setiap peruntukan yang berkaitan di dalam perjanjian ini.
(f) Cukai setem atau sebarang kos menyediakan perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Penyewa
(g) Penyerahan notis atau dokumen kepada mana-mana pihak dalam perjanjian ini bolehlah disempurnakan secara pos berdaftar atau meninggalkannnya di alamat berikut: -
(a) Sekiranya kepada Pemilik :
Alamat :
:
:
Perhatian :
(b) Sekiranya kepada Penyewa :
Alamat :
:
:
Perhatian :
DITANDATANGANI OLEH )
Nama : …………………………………. ) …………………………………….
No K/P : ……………………………….. )
)
)
)
)
)
DITANDATANGANI OLEH )
Nama : …………………………………. ) …………………………………….
No K/P : ……………………………….. )
)
)
)
)
DISAKSIKAN OLEH )
Nama : …………………………………. ) …………………………………….
No K/P : ……………………………….. )
)
)
)
)
)
)
No comments:
Post a Comment