Sempena penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan, pembaca Invest and Travel serta pembaca buku Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama Anda.
Semoga kita telahpun dikurniakan serba sedikit pahala di Bulan Ramadhan dan diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah.
Di bulan Syawal pula, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala kesalahan yang saya lakukan. Jika ada yang termakan, terminum atau terambil harap dihalalkan.
Kepada rakan-rakan yang mengenali saya secara peribadi, jemputlah open house di rumah keluarga saya di Muar,Johor pada hari raya ke-3.
Wassalam,
28 Ramadhan 1432/28 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment