Tuesday, July 12, 2011

Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama (Edisi Kedua)







Alhamdulillah edisi pertama buku Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama sudah habis dijual.

Menyusul ialah edisi kedua yang lebih mantap. Mempunyai 19 bab (tambahan 2 bab) serta voucher bernilai RM70.

Khas untuk pembaca blog ini, buku ini boleh dibeli terus drp saya dengan hanya RM36 (termasuk pos ekspress). Jika dibeli di MPH harganya adalah RM39.90.

Jangan tunggu lagi, hubungi saya di 019-3544321 utk menempah buku ini. Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. mantoopppppp!!!tahniah!
    voucher tiara dah masukkan ker?

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Saya merupakan seorang penjawat awam (Gred C) yang bekerja di UiTM. Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak. Saya berumur 35 tahun dan masih belum mempunyai rumah. Namun begitu, slip gaji saya cantik sebab hanya satu pinjaman bank yang saya buat iaitu RM12,000. Ia sekadar nak memenuhi keperluan membeli motosikal dan selebihnya saya guna untuk lump sum pinjaman pelaburan ASB saya.

    Saya merancang untuk membeli rumah pertama saya mungkin pada akhir tahun hadapan atau akhir tahun 2013 jika kenaikan gaji adalah memuaskan dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

    Untuk pengetahuan tuan, saya dah beli buku ini dan isi kandungannya sangat bagus dan mudah untuk saya faham lenggok bahasanya. Di sini saya cuma nak tanya beberapa perkara seperti di bawah

    1. Dalam bab 2 buku ini iaitu PERSEDIAAN ASAS SEBELUM MEMBELI RUMAH di bawah tajuk no.6, ELAKKAN DARIPADA MENJADI PENJAMIN. Tuan ada menyebut dalam perenggan terakhir mengenai JUMLAH PINJAMAN YANG DIAMBIL OLEH PEMINJAM, TETAP DIAMBIL KIRA SEOLAH-OLAH PINJAMAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH PENJAMIN.

    Saya faham akan maksud tuan, jika saya layak pinjam RM100,000 ribu dan saya menjadi penjamin kepada abg ipar saya yang meminjam RM60,000 maka kelayakan pinjaman saya hanya akan tinggal RM40,000.

    Ok, sekarang masalah saya adalah, saya telah diminta oleh abg ipar saya untuk menjadi penjamin beliau kerana beliau hendak membeli lori. Jumlah pinjaman adalah RM60,000 dan saya masih belum lagi bersetuju menjadi penjamin beliau atau dalam erti kata lain masih belum sain agreement. Syukur sebab terbaca buku tuan yang sangat berguna ini.

    Sekarang, katakan jika saya bersetuju nak jadi penjamin beliau, sudah tentulah ia akan memberi kesan kepada pinjaman perumahan saya jika saya pinjam melalui bank.

    SOALAN SAYA :

    Jika saya buat pinjaman dengan pihak kerajaan untuk membeli rumah, adakah dengan menjadi penjamin abg ipar saya, ia akan memberi kesan buruk kepada kelayakan pinjaman saya dengan pihak kerajaan?

    Contohnya, sepatutnya saya layak pinjam RM150,000 untuk beli rumah. Tapi sebab dah jadi penjamin maka saya cuma layak pinjam RM90,000 sahaja untuk beli rumah berharga RM150,000. Yang lagi RM60,000 saya kena sediakan sendiri. Jenuh ler saya klu camtu.

    Saya sangat berharap tuan dapat menjawab kemusykilan saya. Tuan boleh email jawapan tuan ke alamat di bawah

    zainal_it@yahoo.com

    saya juga ingin menjemput tuan ke blog saya di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana lambat menjawab.
      Pinjaman dengan kerajaan adalah bergantung kepada gaji hakiki seperti dalam laman http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&id=221&lang=ms

      Sebarang pinjaman dengan institusi lain tidak mengurangkan kelayakan pinjaman tuan. Namun begitu, jika anda menjadi penjamin dan di dalam kes peminjaman tidak dapat melangsaikan pinjaman, anda yang menanggung hutang penjamin.

      Dalam kes ini, ketua jabatan berhak untuk tidak menyokong permohonan pinjaman tuan memandangkan gaji bersih tuan sudah menjadi terlalu sedikit. Yang saya tahu jika gaji bersih tuan kurang daripada 2/3, tuan perlu menulis surat tunjuk sebab.

      Maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pinjaman Persekutuan.

      Delete

Get the best deal for your travelling needs